facebook youtube twitter instagram
  • Home
  • About
  • Family
    • TTC
    • Pregnancy
    • Parenting
  • DIY
    • Crafts
    • Sewing Projects
    • Home Decors
  • Foods
  • contact

mommymillennia

 Assalamualaikum w.bt.

Proses memgandung, melahirkan dan berpantang tanpa disedari ibu2 kekurangan kalsium dalam badan.kaki terasa kebas ,pinggang sakit dan sering lenguh badan.


Tahukah anda mommy pwnyerapan kalsium dalam tubuh ibu ke tubuh anak perlu diganti melalui pengambilan jumlah kalsium yang mencukupi dalam tubuh badan ibu.


Untuk menggelakkan sebarang penyakit akibat kekurangan kalsium dalam badan mommy boleh mengamalkan vitamin dari shakelee. Ostematrix dapat membantu mommy terutama bagi mommy yang alah pada susu dan produk tenusu.

ostematrix

Sesetengah mommy ada yang alah kepada enzim laktase atau laktosa dalam susu lembu.Ia menyebabkan ketidakselesaan perut dan membuatkan mommy cirit birit dan sakit perut sejurus pengambilan susu.


Untuk menggantikan sumber kalsium dari susu ibu boleh amalkan ostematrix daripada shakelee.Ambil suplement vitamin B bersama vitalea dan Ostematrix untuk kesegaran tubuh mommy terutama yang menyusu badan.


Jika nak tambah susu badan boleh juga amalkan protein soya shakelee iaitu ESP.Jika anda mommy perlukan bantuan nak dapatkan shakelee boleh hubungi 018-2417578.

Januari 09, 2021 No comments
Bukan mudah menjadi seorang ibu di zaman mellenium ini tambahan lagi untul ibu bekerjaya.Bergelut dengan tugasan di pejabat dan tempat kerja serta bergusti di rumah demi menyelesaikan tugasan rumahtangga dan melunaskan tanggungjawab sebagai ibu dan suri hati suami.


Memahami beratnya tanggungjawab itu, kewujudan izzly babyfood seakan satu keajaiban buat para ibu.Bukan sahaja memudahkan tugas ibu dalam penyediaan makanan bayi malah membantu anak sentiasa ceria sihat dan gembira. Sudah tentula
h perut yang kenyang dan selesa membuatkan anak tidur lena.Tiada lagi tantrum dan kesukaran untuk tidur.Anak anda cerewet dan memilih makanan? Izzly babyfood juga ada kudapan ringan seperti cookies lazat dan mengenyangkan. 


 Bukan itu saja, dengan kreativiti dan bahan makanan di dalam izzly babyfood, mommy boleh bereksperimen dengan resepi baru untuk santapan harian permata hati mommy dan bunda sekalian. Jom cuba izzly babyfood.

izzly babyfood

 
serbuk ikan bilis

serbuk ayam

Januari 07, 2021 No comments

    Bayi semakin membesar dan susu ibu atau susu formula sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pertumbuhan tubuh bayi yang semakin membesar.Selain susu ibu atau susu formula, para ibu perlu mempersiapkan bayi untuk menerima makanan tambahan seperti bubur cair bersesuain dengan keperluah tumbesaran bayi anda.

    Oleh kerana bayi belum tumbuh gigi, maka bubur dalam bentuk pepejal belum boleh diperkenalkan kepada bayi justeru ibu perlu menyediakan bayi dengan bubur cair separa pejal.Terpulang pada kebijaksanaan para ibu samaada untuk memilih bubur segera atau menyediakan bubur mudah dengan penyediaan bahan ringkas yang mudah di dapati di dapur anda.Kali ini bubur yang akan disediakan untuk bayi adalah bubur Brokoli + Ayam. Penyediaannya ringkas dan mudah.

Bahan-bahannya adalah:

1) Brokoli

2) Isi Ayam

3) Bawang Putih

4) Bawang Merah

5) Beras biasa / Beras Perang



bubur brokoli dengan ayam

Untuk kali ini beras yang digunakan adalah beras biasa ,terpulanglah kalau ibu-ibu nak gunakan beras perang sebab beras perang lebih berkhasiat.Ada sesetengah orang gemar kisarkan beras sehingga hancur sebelum dijadikan bubur tapi, kaedah yang digunakan untuk bubur ini , tidak menggunakan beras kisar.


bahan bubur brokoli

Berikut adalah cara-cara penyediaan bubur Bayi Brokoli dengan ayam ini.

1.Mula-mula, bersihkan Brokoli dengan merendam dalam air panas selama setengah jam, bagi menghilangkan kutu dan kotoran dalam pokok Brokoli.

2.Kemudian rebus brokoli secara berasingan .

3.Bersihkan beras, kemudian masukkan bawang putih, bawang merah dan isi ayam yang telah dipotong dadu.

4.Masak bubur nasi sehingga telah benar-benar empuk.

5.Setelah bubur nasi siap dimasak, masukkan brokoli dan bubur nasi ke dalam pengisar.

6.Kisar bubur nasi dengan brokoli sehingga hancur.

7.Simpan bubur dalam bekas kedap udara dan ambil sebahagian sahaja untuk bayi anda.

Bubur bayi



Disember 27, 2020 No comments

     Baby walker, seringkali digunakan oleh ibubapa di serata dunia dan dianggap sebagai alat paling ideal untuk mengalakkan anak-anak untuk mula bertatih disamping membuatkan bayi mereka terhibur, tenang dan berasa selamat.Oleh kerana itu juga kebanyakkan ibubapa tanpa rasa was-was memilih untuk menggunakan Baby walker untuk memudahkan kerja mereka menjaga bayi mereka yang cerewet adakalanya hanya mahu sentiasa didukung, menangis dan takut ketika dibiarkan berseorangan tanpa ditemani ibu atau sesiapa di sisi mereka.

    Oleh kerana tuntutan kesibukan seorang ibu untuk melaksanakan tugas rumahtangga, maka ramai ibu yang selesa memilih Baby walker untuk membantu melekakan bayi untuk bermain dan meneroka sekeliling kawasan rumah.Anak kecil berhenti menangis, ibu lega kerja rumah dapat dilaksana!Tanpa disedari sebenarnya terdapat kemudharatan dalam penggunaan Baby walker terhadap anak mereka.Berbeza pendapat dengan orang awam, para penyelidik menegaskan bahawa sebenarnya penggunaan Baby Walker tidak membantu bayi untuk berjalan malah melambatkan dan mengganggu proses semulajadi untuk bayi berjalan!

    Menurut kajian dalam jurnal Pediatrics,antara tahun 1990 dan 2014 lebih daripada 230 000 kanak-kanak yang berumur kurang daripada 15 bulan dirawat di jabatan kecemasan AS kerana kecederaan yang berkaitan dengan walker. Sebilangan besar kecederaan berlaku ketika anak-anak jatuh di tangga sewaktu bermain di dalam walker, biasanya mencederakan kepala atau leher mereka, dan ada kalanya keadaan menjadi lebih serius.

    Mengapa Baby walker tidak digalakkan? Sebaiknya jangan beli Baby walker. Pakar keselamatan dan profesional kesihatan sangat tidak menggalakkan penggunaan Baby walker, kerana jumlah kemalangan dan kecederaan yang ditimbulkannya. Baby walker berbahaya kerana ia memberi akses untuk bayi bergerak dengan kelajuan tambahan, ketinggian tambahan dan terdedah kepada pelbagai bahaya.

    Bukan itu sahaja,menurut Dr. Claire McCarthy, daripada Harvard health Publishing,kanak-kanak yang duduk di dalam baby walker boleh menarik barang-barang ke bawah sendiri, atau mencapai benda-benda berbahaya (seperti benda tajam atau cecair panas) yang tidak dapat dijangkau juga boleh terhantuk pada permukaan keras dan tajam. Malah,kanak-kanak ini boleh terjatuh dari baby walker dan cedera atau berkemungkinan lemas ketika mereka berlari ke kolam renang. Terdapat juga kecederaan akibat mainan yang melekat pada Baby walker.

    Bayi yang menggunakan Baby Walker lebih memerlukan perhatian berbanding apabila bayi tidak menggunakannya.Statistik menunjukkan  hampir 40%  kanak-kanak yang menggunakan Baby Walker berakhir dengan kecederaan (Anggaran 4000 kecederaan setiap tahun di UK). Jurnal Perubatan British menyatakan penggunaan Baby Walker tidak dikaitkan dengan pencapaian duduk atau berdiri.Oleh kerana Baby Walker menahan mereka untuk tegak, anak itu tidak belajar kemahiran keseimbangan yang betul yang diperlukan untuk berjalan.

    Terdapat juga kajian menunjukkan penggunaan Baby Walker dengan kelewatan perkembangan kemahiran  motor.Ini kerana, secara semulajadinya kebanyakkan bayi berguling di atas lantai,duduk dan merangkak, menjalar atau mengesot, berusaha untuk berdiri dengan berpaut di sekitar perabot atau objek pegun yang lain.Ini bermaksud bahawa bayi perlu menghabiskan banyak masa di lantai, belajar dan berlatih aktiviti ini. 

    Bukti menunjukkan bahawa bayi yang menggunakan Baby walker duduk, merangkak dan berjalan lebih lambat daripada yang tidak menggunakannya dan juga mendapat skor lebih rendah pada Penilaian Bayley yang melihat perkembangan mental dan perkembangan bahasa serta kemahiran motor kanak-kanak.Baby Walker menghalang atau dalam kes yang lebih teruk, mencegah anak itu merangkak dan membuatkan anak dalam kedudukan tegak yang mana mengganggu perkembangan otak semula jadi kanak-kanak.

    Seperti yang dinyatakan oleh Unit Fisioterapi Hospital Gilbert Bain ,Shetland UK Otak berfungsi dalam corak silang silang dengan otak kiri mengawal lengan dan kaki kanan dan otak kanan mengawal lengan dan kaki kiri.Merangkak adalah aktiviti penting dalam mendorong persilangan ini corak di otak untuk berkembang.Penggunaan Baby Walker menyebabkan bayi kehilangan peluang untuk belajar kemahiran motor yang penting dan persepsi seperti jarak dan kedalaman, dan konsep utama seperti masuk / keluar dan atas/ bawah.

    Penggunaan Baby Walker juga  mengganggu perkembangan semula jadi kanak-kanak dan boleh menyebabkan pinggul dan lutut untuk menampung berat badan dengan kedudukan yang tidak normal seterusnya boleh menyebabkan perubahan jangka panjang pada corak anak tersebut berjalan dan kadang-kadang boleh menyebabkan masalah pada pinggul untuk jangka panjang.Baby walker mengajar kanak-kanak untuk mengesot di sepanjang lantai dengan menggunakan jari kaki mereka dan ini menguatkan otot yang salah di kaki. Ini boleh memberi kesan besar pada keseimbangan dan otot serta pengembangan sendi, termasuklah masalah  kaki dan pergelangan kaki untuk jangka panjang.

        Walaubagaimana pun, terdapat beberapa kekangan dalam kajian kajian yang dijalankan dan ada juga beberapa pertikaian tentang baik buruk penggunaan Baby Walker ini. Justeru sebagai ibubapa haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya samaada membenarkan penggunaan Baby Walker kepada anak mereka atau tidak.Sekiranya anda masih teragak-agak dan mencari jalan yang lebih baik untuk mengajar anak berjalan, ikuti nasihat daripada Unit Fisioterapi Hospital Gilbert Bain ,Shetland UK ini:

1)Berikan masa yang secukupnya untuk perkembangan kekuatan dan kestabilan otot, semua bayi akan berjalan ketika mereka cukup bersedia (biasanya antara 9-18 bulan). 

2)Galakkan 'Tummy  Time' sebanyak mungkin - kami menasihatkan bayi mesti tidur terlentang dan  bermain secara meniarap.

'Tummy  Time'  adalah asas utama bagi semua kemahiran motor dan kekurangan ini boleh memberi kesan besar.

3) Sekiranya anda mempunyai lantai keras, pasangkan permaidani besar atau tikar yang tidak bergerakdi lantai supaya bayi anda mempunyai cengkaman semasa mereka belajar merangkak dan berjalan.


4) Pertimbangkan untuk mendapatkan Baby walker jenis tekan yang stabil apabila mereka dapat berdiri sendiri. Sekiranya anda mempunyai lantai lamina, itu adalah idea yang baik untuk memakai kasut bayi atau membiarkannya dengan kaki yang kosong untuk cengkaman yang lebih baik. Beberapa contohnya adalah:

alternative baby walker

alternative baby walker




alternative baby walker



Rujukan:

1.Schopf, Pâmela & Santos, Christian. (2015). The influence of baby walker usage in the sensory motor motor development of children at schools in early childhood education. Journal of Human Growth and Development. 25. 156. 10.7322/jhgd.102998. 

2. Fazen LE, Felizberto PI. Baby walker injuries. Pediatrics.  1982;70(1):1069. [PubMed] [Google Scholar]
3. Bar-on ME, Boyle RM, Endriss EK. Parental decisions to use infant walkers. Inj Prev. 1998;4(4):299–301. [PMC free article] [PubMed] [Google Scholar]
4. Kendrick D, Marsh P. Babywalkers: prevalence of use and relationship with other safety practices. Inj Prev. 1998;4(4):295–8. [PMC free article] [PubMed] [Google Scholar]



Oktober 31, 2020 1 comments

     Detik kelahiran bayi pertama merupakan satu detik indah yang dinantikan oleh bakal ibu.Setiap pasangan yang berkahwin pastinya akan menantikan detik-detik gemilang mendengar tangisan pertama bayi mereka.Pastinya pelbagai persediaan awal telah dilakukan oleh bakal ibu bapa untuk memastikan segala kelengkapan buat bayi tercinta dipenuhi.

    Bukan sahaja persediaan untuk kelahiran, malah persediaan bayi seperti pakaian, penyusuan, mandian , dan juga lampin pakai buang untuk bayi.Pemilihan lampin pakai buang untuk bayi bagi menggantikan penggunaan lampin kain yang digunakan secara tradisional adalah konvensional dan lebih praktikal di zaman ini.

lampin kain


lampin tradisional
                                                                 Cara pemakaian lampin kain tradisional

    Namun , terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penggunaan lampin pakai buang ini.Ibu bapa perlu membuat kajian dan tidak boleh 'tangkap muat' sahaja dalam pemilihan lampin pakai buang yang akan digunakan oleh bayi mereka. Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan lampin pakai buang bayi:

1) Penggunaan material untuk membuat lampin pakai buang.

Pentingnya memastikan material yang digunakan untuk lampin pakai buang bersesuaian dengan bayi anda.Tidak terlalu lembut  atau terlalu tebal dan keras untuk kulit bayi.Dibimbangi lampin pakai buang boleh menyebabkan kulit bayi melecet kerana material yang tidak bersesuai dengan kulit bayi yang lembut dan masih sensitif. Disamping itu material yang digunakan hendaklah diyakini selamat tanpa sebarang bahan kimia yang boleh merengsakan kulit bayi atau mendatangkan alahan kepada kulit bayi anda.Tidak ada sebarang campuran yang boleh menyebabkan kegatalan kulit dan bahagian sulit bayi anda dan tidak mengganggu hormon bayi anda. Sesetengah campuran bahan kimia boleh menganggu hormon dan pertumbuhan bayi.

2) Ketahanan Lampin pakai buang.

Lampin pakai buang yang mempunyai ketahanan boleh mengelakkan kebocoran.Tahan lasak dan dalam masa yang sama tidak merosakkan kulit bayi.Biar pun berjam-jam bayi anda memakainya, ketahanan lampin pakai buang masih terjamin.

2) Kesesuaian lampin pakai buang dengan kulit bayi.(Sesetengah bayi mempunyai kulit yang sensitif dan mudah melecet atau mudah terkena alahan ruam lamping dan sebagainya).

Kulit bayi masih lembut dan mudah tercedera.Pentingnya kesesuaian lampin pakai buang dengan kulit bayi dimana lampin pakai buang yang 'mesra' kulit bayi serta mempunyai rongga udara dan bukaan untuk kulit bayi bernafas.Jika tidak, bahagian sulit bayi akan terperap dan berbau kepam.

3) Saiz dan potongan (cutting) lampin buang bersesuaian dengan saiz pinggul dan punggung bayi.

Saiz dan potongan lampin pakai buang mestilah bersesuaian dengan tubuh bayi anda.Tidak terlalu besar atau terlalu kecil. Memberi rasa selesa sehingga bayi anda tidak sedar mereka memakai lampin!

4) Harga lampin pakai buang.

Jika harga sekeping lamping pakai buang pun dah mencecah seringgit sehelai, macam mana nak bertahan sampai hujung bulan kan?Pilihlah lampai pakai buang yang lebih ekonomik dan dalam pada masa yang sama memenuhi kriteria bersesuaian untuk bayi anda. Pastinya setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak bukan?


diapers huggies




drypers murah



PetPet


mikubi


Oktober 28, 2020 No comments
   Menjadi seorang ibu merupakan satu anugerah yang tak terhingga nilainya.Seorang ibu sentiasa memikirkan yang terbaik untuk anak-anak dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi kehendak dan keperluan anak-anak.

    Bagi yang pertama kali bergelar seorang ibu pasti lebih teruja untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu.Pertama kali bergelar seorang ibu, sebolehnya semua keperluan anak cuba untuk dilengkapkan baik dari segi pemakanan, pemakaian, Jadual harian anak, dan juga pendidikan anak-anak. 

     Sudah menjadi kelaziman untuk seorang ibu menyediakan bahan permainan untuk anak-anak bagi melengkapi tahap perkembangan dan keperluan emosi serta intelektual anak.Melalui barang permainan, perkembangan psikomotor dan emosi anak akan lebih aktif.

    Malah menggabungkan aktiviti bermain sambil belajar dapat meningkatkan tahap perkembangan EQ dan IQ anak kecil yang sememangnya sedang pesat membangun. Busy Book bukanlah sesuatu yang asing lagi dikalangan ibu-ibu.Ia seakan satu keperluan untuk anak-anak memiliki sekurangnya satu jenis Busy Book untuk dijadikan bahan pembelajaran pertama anak-anak.

     Kali ini entry ini akan menunjukkan DIY Project Busy Book yang mudah untuk anda semua lakukan sendiri di rumah! Bahan -bahan yang diperlukan Adalah: 

 1. Kain Felt pelbagai warna. 

BUSY BOOK DIY


 2. Gam fabrik / glue gun. 

Do it yourself

3. Gunting / Craft puncher pelbagai bentuk.
4.  Pembaris.
5.  Jarum dan benang jahitan.
6. Tali berlbagai warna/ riben.
7. Butang / zip pelbagai warna dan jenis.
8. zapper.
9. Hiasan seperti pom2, biji mata plastik, dsb.
    (Mengikut kesesuaian).

Berikut adalah langkah2 penyediaan:

1.gunting kain felt 90×90 atau mengikut ukuran     yang dikehendaki.(ini akan menjadi lembaran     busy book anda)
2.lakarkan bentuk yang dikehendaki dan tekap Pada kain felt.Gunting keluar bentuk yang akan terhasil.
3.Gamkan bentuk tersebut pada permukaan budy book.
4.Pelbagaikan hasil karya anda.
5 Setelah siap, himpun semua helaian dan cantumkan buku anda.


bug busy book


dolphin busy book




animal diy busy book


child busy book




Oktober 27, 2020 1 comments
Assalamualaikum.Apa khabar semua pembaca.

Pernahkah anda dengar mengenai Simpanan Emas? Biasanya kita menyimpan wang di bank bahkan sesetengah orang mengumpul aset seperti hartanah dan saham.Bagaimana pula dengan pelaburan Emas? Tahukah anda , emas juga merupakan satu bentuk simpanan yang boleh dijadikan aset  untuk masa hadapan. Bukan sahaja mudah dicairkan, aset ini juga dapat membantu kita ketika di dalam kesusahan.

Percaya atau tidak, pelaburan emas merupakan satu bentuk pelaburan yang menguntungkan?Sekiranya anda bijak dalam ilmu kewangan dan pelaburan pastinya anda akan dapat melihat potensi pelaburan emas untuk masa hadapan. Selain nilainya yang tidak pernah susut, pelaburan dalam bentuk simpanan emas sentiasa relevan dari zaman ke zaman.Bagaimana bentuk pelaburan emas? Adakah melalui emas perhiasan sahaja?

Anda boleh menyimpan Gold Bar, malah jika anda seorang yang gemarkan barangan kemas, anda boleh menggayakan koleksi barangan kemas terkini disamping menjadikannya simpanan dan pelaburan masa hadapan.Sambil menyelam..minum air.Bijak bukan?

Di sini memperkenalkan Koleksi Emas Murah Harga Kilang dari ORODESIGN.







Untuk yang teringin mencuci mata sekaligus mencuci 'poket' bolehlah join channel Telegram  yang diberikan.


Telegram Channel>> Dealer Emas



Oktober 26, 2020 No comments

 Assalamualaikum w.b.t

 

    Hye semua.Me harap semua sihat2 dan ceria bersama keluarga tercinta.Lama dah aktif socmed.Baru2 ni Me terscroll website tulia pasal tawaran pakej percutian selepas Pandermik Covid-19.Wah, menarik bunyinya kan? yang lebih menarik lagi ialah dapat pelepasan cukai !jom kita tengok macam mana tu?

Aquaria KLCC

       Aquaria KLCC

    Salah satu usaha Kerajaan melalui kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia Tourism Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM) dan kolaborasi bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah melancarkan pakej istimewa sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk penjawat awam untuk merancakkan kembali industri pelancongan negara dan membantu membangunkan kembali sektor perhotelan dan pelancongan di Malaysia selepas pandermik Covid-19 adalah dengan menawarkan inisiatif jangka panjang untuk penjawat awam berupa pakej cuti2 Malaysia khas untuk penjawat awam.

i city
i-city

 Ia merupakan sebahagian usaha meraikan dan menghargai usaha kakitangan kerajaan terutamanya frontliners yang bertungkus lumus menjaga keselamatan masyarakat.Penjawat

awam digalakkan untuk mengambil peluang ini untuk memanfaatkan pakej-pakej yang ditawarkan kerana terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik sehingga 31 Disember 2021 susulan pengumuman pakej rangsangan PENJANA.

 Penjawat awam boleh mendapatkan pakej-pakej ini dengan hanya menggunakan pas pekerja penjawat awam.Selain memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota, sebanyak 11 agensi pelancongan yang mengambil bahagian mempromosikan pakej percutian 2 hari 1 malam dan 3 hari 2 malam yang melibatkan hotel bertaraf 5 dan 4 bintang di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Genting Hinglands dengan menawarkan harga pakej serendah RM120 seorang.

 

 Di samping tawaran penginapan, penjawat awam dapat menikmati pakej yang menampilkan produk-produk pelancongan yang menarik untuk pengunjung harian (walk in tourist) dengan tawaran diskaun harga tiket sehingga 30 peratus. Antara produk pelancongan yang tersenarai ialah; Putrajaya tour, Bangi Wonderland, I-City Shah Alam, Farm In The City, Genting Highland, Sky Bridge KLCC, Sky Mirror Kuala Selangor, Farm Tour UPM Serdang, Sunway Lagoon, Wet World Shah Alam, Aquaria KLCC, Muzium Kesenian Islam, MAEPS dan banyak lagi.

 

 Pembeli turut ditawarkan nilai tambahan termasuk 5,000 tiket lawatan bandaraya KL dengan menaiki bas Hop On Hop Off secara percuma, penginapan di hotel serta bayaran masuk produk pelancongan yang ditawarkan pada harga diskaun antara 20 sehingga 60 peratus. Tempoh tempahan pakej ialah sehingga 30 September 2020 manakala tempoh sah lawatan ialah sehingga 31 Disember 2020.

i city

     i city

 Alangkah baiknya sekiranya tempoh tersebut dipanjangkan memandangkan pindaan cuti sekolah dalam takwim persekolahan.Almaklumlah, cikgu sekolah cuma dapat pergi melancong waktu cuti sekolah je.Hurm, tapi kalau yang ada baby kecil macam me ni, tak tahulah bila dapat melancongnya. Anak kecil lagi.Menyusu badan pulak tu. Pasrah je la..sambil pegang bahu mata ke atas.

 


September 21, 2020 12 comments

 Assalamualaikum..

Bermula dari PKP sampailah waktu berpantang makim menjadi2 pulak penyakit 'shopping online' me.

Asalnya sekali dua, lepas tu macam ketagihan pulak.Bukan setakat beli barang baby, barang basah seperti ikan,ayam,daging, toiletries sampailah ke makanan harian.Semua beli secara online.

Yela masa PKP tu tengah sarat mengandung, malahan masa tu kena beratur untuk masuk pasaraya.mana larat nak bawa perut. Alternatifnya belian online jela.

Tak sangka kegilaan shopping online tu merebak pantas.Bayangkan sebelum ni tak pernah install apps Food Panda dan GRAB.Tapi sekarang , dalam seminggu dalam 5,6 kali kot beli makanan melalui GRAB dan Food Panda.

Tak sempat masak sebab balik kerja pon dah dekat jam 5.Lepas ambil baby mesti nak susukan baby dan tidurkan baby.Nak tidurkan baby pulak lama.Baby jenis nak bergayut je dekat mommynya.

Memang letih.Hari ni nak cerita pasal menu di Restoran Shell Out yang baru me order melalui GRAB FOOD.Rancangan asal nk makan di restoran tapi sebab baby meragam tak jadilah.Grab Food sahajalah penyelesaiannya.

Tengah hari buta Craving for Shell Out, so inilah pilihan me and Hubby! Tadaaaaaaaaaaa... Kita order shell out from this restaurant!

Shell out restaurant

Okeyh, meh sini nak cerita pasal Restaurant Shell Out ni.Diasaskan oleh sepasang suami isteri, restoran ini menawarkan makanan laut yang best untuk dinikmati.Makanan lautnya besar-besar, dan agak segar , sedia untuk dinikmati.Untuk pengetahuan semua, Makanan laut seperti udang, sotong , dan ketammya sangat menyelerakan  .Boleh didapati dengan 5 pilihan sos yang sedap dan memikat rasa.


sos shell out

Pilihan sos kesukaan anda: 

  • Butter Garlic: A combination of butter and garlic which mixes both aroma and taste into the perfect blend of palate. The perfect sauce for families and those who want all the flavor without the burn.
  • Lemon Pepper: Filled with the taste of sun-ripened lemons and fresh local grounded peppers. Lemon pepper sauce is packed with flavour that gives you the boost of the day you need.
  • Shell Bang:Fuse of Lemon Pepper and Butter Garlic, bringing out the highlights and sensation of each sauces and a well balance of all flavors.
  • Curry-curry: The curry-curry sauce is the perfect sauce for curry lovers, strong hint of curry that mildy tingles your senses, the aromatic sense brings up the balance of curry sensation.
  • Black Pepper: fiery-peppery flavored sauce that tingles your senses and spices up your day. The fragrant of the pepper lingers in your taste bud!

Samaada dinikmati panas-panas bersama orang yang tersayang di restoran mereka sambil menikmati hiasan dalaman restoran yang memukau, mahupun dibungkus melalui khidmat penghantaran Grab Food, kepuasannya dijamin! Anda boleh terus ke restoran yang berdekatan atau hubungi sahaja Grab Food untuk tempahan anda sekarang jugak!

Shell Out


Nyummy!! memang sedap, kami pilih Curry curry Sauce.


Grab Food Shell Out

Nampak tak udang besar besar tu?


Kepak Ayam Shell Out

Kepak ayam yang lazattt!




September 20, 2020 8 comments

 Assalamualaikum..

Lama rasanya tak menulis, sejak mengandung sampailah lepas bersalin, baru beberapa entry yang masuk dalam blog.Sibuknya berganda2 tambahan lepas ada anak seorang ni.Betullah kata orang Parenthood ni banyak cabarannya.

Nak cari masa yang sesuai untuk menulis blog pon payah. Sebenarnya me masih tertanya tanya.Masih relevankah Blog sebagai medium dan platform penyampaian maklumat pada tahun 2020 ni? Al maklumlah dengan wujudnya pelbagai Platform yang lebih canggih seperti Instagram, Twitter, dan Tik Tok , Blog dan Facebook umpama ketinggalan zaman terutamanya bagi Gen Z.


iNSTAGRAM

Muda mudi sekarang lebih gemarkan platform yang ringan dan santai berbanding media yang memerlukan mereka untuk menulis dan membaca.Sebab itulah bila time buat karangan semuanya fail! Banyak perkataan dan frasa yang tidak diketahui maksudnya.

Bukan takat nak baca buku teks sekolah, baca petikan pendek dalam blog pun belum tentu mereka mahu.Eh, betul ke?Bukan nak pukul rata tapi hakikatnya itulah yang sebenarnya.

Jadi, perlukah me menulis Blog lagi? Terpulanglah. Ada orang yang lebih selesa meluah dan mencurahkan rasa dalam Blog peribadi, Blog umpama diari, blog umpama buku catatan harian, Blog umpama nota, Blog juga umpama terapi jiwa untuk mereka.

Masing-masing ada citarasa.Terpulanglah!Anda pulak bagaimana? Apa kata kongsikan dengan me?




September 20, 2020 5 comments

 Assalamualaikum w.b.t.

Bermula bulan MAC ,Akibat covid 19 semua aktiviti di luar dihadkan dan masyarakat  diarah duduk dirumah menjalani PkP.Saat itu aku telah pun mengandung 7 bulan.

Masa2 kujalani dengan berkurung di rumah.Tak seperti selalunya menjalani hari -hari dengan rutin pergi-balik kerja 8jam sehari dan memandu diatas jalan raya seawal 6 pagi - 4 petang.

Selepas mengharung PKP gara2 Covid 19, dan segala kegusaran tentang prosedur bersalin musim pkp akhirnya aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Ilya Nabila. Alhamdulillah.. sekarang Baby Ilya dah masuk 4 bulan usianya.

Kali ni aku nak ceritakan tentang pengalaman di induce ketika bersalin dalam musim PKP Covid 19. Pengalaman pertama bersalin, diinduce pula tu..memanglah takkan dapat dilupakan.

Oh bagi yang baru ikut blog ni dan kenal aku, sebenarnya Baby Ilya Nabila ni adalah buah hati yang kami suami isteri nanti2 kan selama 7 tahun perkahwinan kami. Ilya Nabila merupakan baby IVF HKL.

ya.Ilya Nabila baby IVF yang berjaya dilahirkan dengan kuasa dan kehendak Allah s.w.t. Disebabkan aku buat rawatan IVF di HKL jadi aku buat keputusan bersalin di HKL jugak untuk mudahkan pemantauan dan rujukan jika terjadi apa2 masalah.

Nak dijadikan cerita.Kebetulannya musim Covid 19 so 3 bulan jugak la memerap di dalam rumah. Sampailah dah masuk 37 week masih tak ada sebarang tanda baby nak keluar.Contraction palsu pon xada.(atau mungkin ada tp aku xperasan sbb 1st time mengandung). 

Baby Ilya seronok sangat dalam perut macam tak mahu keluar.Week 38 doktor buat surat untuk warded. Seminggu sebelum due date aku warded.Jururawat perbidanan memantau kontraksi dan meminta aku memberitahu keadaan kandungan.Aku dikehendaki menjawab bebereapa soalan.Antaranya termasuklah soalan seperti di bawah:

  •         Adakah keluar rembesan mucus berwarna coklat atau sedikit berdarah?
  •      Adakah ketuban sudah pecah?
  •      Apakah warna air ketuban?
  •      Adakah kontraksi bermula
  •           Berapa kerapkah kontraksi?
  •       Berapa minggu usia kandungan sekarang?
  •            Adakah aku mempunyai sebarang masalah dengan kehamilan ini?

 ·      Selepas pemantauan menunjukkan belum sampai masanya untuk bayi keluar, maka aku kembali ke ward.Sewaktu dalam ward kelas pertama ini, selang beberapa jam bp akan dipantau dan nurse akan memeriksa tahap kesakitan dan kekerapan kontraksi terjadi.Aku pulak xada rasa sakit.relax dan masih boleh mengunyah makan sebab kebosanan setelah baring duduk, tidur.Katil kanan depan semua sudah selamat bersalin.Hanya tinggal aku yang terpinga pinga bertanya sendiri apela yang aku buat dalam ward ni.

Tunggu punya tunggu baby macam belum nak keluar.Kontraksi langsung xada! doktor beritahu aku akan diinduce.Tiub berbentuk belon dimasukkan ke dalam vagina.Menurut doktor aku perlu memakai tiub belon tersebut sehingga keesokkan hari belon itu jatuh sendiri.

Malam itu aku tidur bersama tiub yang dipakaikan.Namun tidur aku tak nyenyak kerana tidak selesa dengab tiub di dalam tubuh.Puas aku cuba melelapkan mata namun xdapat pejam juga.Kalih kiri kanan masih sama.

TIUB


Tambahan lagi,tak tahu lah kenapa baby katil depan aku nangis tak henti2.Kesian emaknya kepenatan memujuk bayi.Semalaman aku tidur ditemani tangisan bayi.Rupa rupanya bukan itu sahaja yang dilalui.Ada kejutan lain yang sedang menanti.

Belon masih tak jatuh sendiri! Doktor datang cek bp dan tanya ada sakit x  selang beberapa jam aku pon xingat.Nurse periksa bp dan ctg masih tiada tanda baby nak keluar.Belon dikeluarkan.Masih menunggu kontraksi datang.

Tiba2 bukaan sudah 6cm.Doktor maklumkan aku akan dimasukkan ke labour room jam 5 ptg. Suami tiada di sisi tapi sempat aku mesej beritahu tentang itu.Tepat 5 petang nurse datang minta aku tukar baju untuk ke bilik bersalin.

Masih terkebil2 dalam labour room.sejam bukaan masih 6cm.Doktor mohon untuk pecahkan air ketuban.Aku redho.Selepas air Ketuban keluar barula beransur2 kesakitan datang.

Sakit semakin kerap.Nurse minta aku menyedut gas ditepi katil yang disediakan sekiranya terasa sakit.Malangnya kesakitan xdapat diatasi dengan menyedut gas itu.Aku dipujuk nurse disampingku mengatakan aku sedang berjuang fii sabilillah.

kerana terlalu sakit nurse menyarankan aku mengambil suntikan epidural.Mulanya aku menolak.Selepas hampir sejam aku mohon epidural dijalankan.Pakar bius dihubungi. Selepas disuntik, kontraksi semakin kerap.

Selepas 6 jam, lahirlah bayi IVF kami.Tepat jam 11.43 minit malam 13 Mei 2020 ,20 Ramadhan. Tarikh bersejarah buatku menyambut anak sulong yang dinanti hampir 7 tahun.Suami melaungkan iqamat selepas bayi dibersihkan.

ILYA


Berasambung 》》 part 2





September 13, 2020 2 comments
Older Posts

About me


NABILA SYIFA
Selangor
Wife | Mother | Blogger
Mula berblog sejak 2014. Minat membaca dan menulis.
Untuk ADVERTORIAL, REVIEW, COLLABORATION dan SPONSORSHIP.
Boleh emailkan ke:
nabilasyifa86@gmail.com

Pengikut

Follow Us

SUBSCRIBE NEWLETTER

Labels

DIY Education Education Tools Entertainment Fashion food Health & Beauty Hiburan Information Lifestyle Malaysia Parenting Segment & Review TTC Tutorial Blog Tutorial ICT

Blog Archive

  • ▼  2021 (2)
    • ▼  Januari (2)
      • Supplement Ostematrix untuk mommy
      • Izzly babyfood pilihan ibubapa
  • ►  2020 (12)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (4)
    • ►  April (3)
  • ►  2019 (11)
    • ►  Disember (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (3)
  • ►  2018 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  April (11)
  • ►  2017 (25)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  April (5)
    • ►  Mac (5)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2016 (41)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (7)
    • ►  September (5)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2015 (45)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (6)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2014 (49)
    • ►  Disember (9)
    • ►  November (24)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)

top commentator

APDM

APDM
Aplikasi Pengkalan Data Murid

SAPS

SAPS
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

SSDM

SSDM
SSDM

Agen sah Oro Design

Agen sah Oro Design
Oro Design

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates